
eTAGGING

Unit ICT SK Kuala Besut menggunakan Sistem / Aplikasi eTagging yang dibekalkan oleh JPN Terengganu untuk mengurus semua peralatan ICT di sekolah. Sistem ini telah diubahsuai sepenuhnya mengikut kehendak dan keperluan semasa. Melalui sistem ini, semua peralatan ICT sekolah dapat diurus dengan lebih berkesan dan efisyen. Sistem ini mampu menghasilkan pelbagai laporan / rekod yang diperlukan seperti Senarai Penuh Alatan ICT, Laporan Kerosakan Alatan, Laporan CD, Tagging Stickers dan sebagainya. Sistem ini juga mampu menghasilkan Kad Daftar Harta Modal dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Dengan adanya sistem eTagging ini, kami di Unit ICT SK Kuala Besut dapat menjimatkan masa dalam proses mengurus semua alatan ICT di sekolah.
0 comments:
Post a Comment